Sejenak bersama…


CINTA BOLEH MENJADI FITNAH !!!
September 17, 2005, 11:17 pm
Filed under: Uncategorized

Memang benar cinta itu adalah satu fitrah bagi semua manusia normal. Dan fitrah itu sesuatu yang suci. Maknanya cinta itu pada asalnya satu fitrah yang bersih, Cuma bila dicemari oleh nafsu dan dicampurkan dengan perkara terlarang yang mendorong ke arah maksiat besar, fitrah boleh berubah menjadi fitnah pula. Di antara tujuan diciptakan perasaan ini adalah untuk menguji perermpuan dan lelaki sepertimana firman Allah dalam surah Al-Furqan : (( dan kami telah jadikan sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain fitnah, adakah kamu melihatnya? Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melihat ))

Seperti yang telah dinyatakan, Allah Taala telah menetapkan jalan yang halal mengikut syara’ untuk memenuhi naluri fitrah ini iaitu melalui jalan perkahwinan, daln telah diharamkan segala jalan lain selain perkahwinan supaya manusia tidak terjebak dalam perkara haram yang kotor dan dimurkai Allah Taala. Ini kerana manusia ini secara senulajadinya memang inginkan kepada keseronokan yang ditimbulkan oleh hawa nafsu yang menjadikan manusia hilang akal dan bimbingan diri.

Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah bilamana ia dicampurkan dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Apabila larangan Allah diperlekeh, nafsu lantas mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di dalam diri. Dek kerana itu, maka kebelakangan ini sering kita direntet oleh isu yang mengigit sukma lakunya. Antara perilaku sumbang yang semakin sebati dikalangan remaja hari ini ialah :-

1.             Memandang kepada bukan mahram

Firman Allah Taala di dalam surah an-Nur ayat 30, mafhumnya : ((Katakanlah pada lelaki yang beriman : “ hendaklah mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka…)). Apabila pandangan melihat benda yang tidak elok, maka manusia akan terdorong untuk melakukan maksiat seperti zina. Oleh sebab itu, Allah telah mengharamkan memandang kepada wanita yang bukan mahram dengan sengaja, maksudnya dengan shahwat dan tanpa sebab syar’ie seperti kehakiman, muamalat harian tujuan untuk menikahi perempuan yang dilihat dengan syarat-syarat tertentu. Ini kerana pandangan yang tidak bersebab itu boleh membangkitkan syahwat serta menimbulkan fitnah dan juga mungkin akan mengikat hati lelaki pada wanita. Jesteru itu, pandangan mata perlulah dijaga dmi keselamatan hati dan rohani, kerana pandangan juga boleh membawa kepada zina, seperti sabda Rasulullah S.A.W., “dua mata itu boleh berzina melalui pandangannya” – Riwayat Bukhari. Rasulullah pernah berpesan kepada Saidina Ali bin Abi Talib Karamullahiwajhah : “ Wahai Ali, jangan kamu turuti pandangan pertama ( yang tidak disengajakan dengan pandangan seterusnya, sesungguhnya pandangan pertama itu tidak mengapa, tapi yang kedua bukan hakmu…” – Riwayat Tarmizi.

2.             Berjumpa dan berjalan berdua-duaan

Seorang perempuan tidak dibenarkan bermusafir sendirian, dan bertemu lelaki ajnabi sendirian seperti sabda Nabi S.A.W: “ Tidak bermusafir seorang perempuan kecuali ada bersamanya mahramnya, dan tidak boleh seseorang masuk menemuinya kecuali ada mahramnya.” – hadis Riwayat Imam Bukhari. Perempuan juga dilarang berjalan bersama-sama lelaki, dalam sunan Abi Daud, diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. memerintahkan para wanita agar berjalan ditepi laluan jalan, tidak ditengah kerana mengelakkan mereka dari bercampur dengan lelaki. Sedangkan percampuran begini dilarang, apatah lagi berjalan derdua.

3.             Berpegang tangan

Di dalam Islam, menikut pendapat jamhur dan rojih, seorang muslim diharamkan bersalaman/bersentuhan dengan semua wanita (iaitu dalam hal biasa, dibolehan dalam hal darurat seperti perubatan), kecuali dengan mahramnya : ibunya, adik beradiknya, anaknya, ibu mertuanya, ibu saudaranya, anak saudaranya, isterinya dan anak tirinya ( anak isteri ). Jika dilihat dari sirah Rasululllah S.A.W., baginda amat tegas menjauhi persentuahn antara lelaki dan perempuan hatta dalam hal penting sekalipun seperti bai’ah. Bahkan Rasulullah S.A.W.  akan mengambil bai’ah para wanita melalui ikrar sahaja. Daripada Aisyah r.a., katanya : Nabi mengambil bai’ah para wanita dengan ikrar, baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita kecuali wanita yang halal baginya. – riwayat Bukhari.

Namun yang demikian, mengapa masih ramai anak muda berpasangan berpegangan tangan, sedangkan baginda Rasulullah pernah bersabda: “ sekiranya seseorang itu mencucuk kepalanya dengan jarum besi, itu adalah lebih baik baginya dair menyentuh perempuan yang tidak halal baginya “ – riwayat Tabrani dengan sanad yang soheh. Telah menjadi fitrh pada lelaki dan wanita apabila bersentuhan keduanya maka akan timbul rasa seronok di hati. Ini akan menjadi satu permulaan kepada perkara maksiat. Syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan menghiasi perkara yang dimurkai Allah agar kelihatan indah. Bersentuhan sangatlah berkaitan dengan hawa nafsu, danhawa nafsu itu adalah buta dan tuli. Apabila hawa nafsu menjadi raja, maka syaitan pun bertepuklah tangan. Bagi wanita pula, malu itu adalah ibarat mahkota yang tidak perlukan singgahsana. Tetapi sekiranya mahkota itu tercabut dari singgahsananya, maka jadilah wanita itu lebih dahsyat daripada 70 ekor syaitan !!!



Renungan..
September 9, 2005, 10:39 am
Filed under: Uncategorized

Biodata iblis


Nama penuh :   Iblis La`natullah.

Tarikh lahir : Sejak dia enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah.

Status diri : Fasiq kelas pertama.

Agama : Kufur.

Tempat tinggal : Orang yang lalai……. hati-hati.

Kawasan : Semua tempat yang tidak ada di dalamnya usaha mengingati Allah.

Tunjuk arah : Tiada haluan perjalanan  bengkang-bengkok ).

Tempat tinggal tetap : Neraka jahanam.

Kaum kerabat : Semua golongan Tirani (Tanghut).

Perniagaan Modal pusingan : Angan-angan kosong.

Tempat pertemuan : Pasar.

Musuh : Tiap-tiap orang Islam.

Moto kerja : `Hipokrasi Asas Akhlak ’.

Warna : Segala warna seperti sesumpah. Tiap-tiap tempat ada warnanya.

Kesukaannya : Orang yang lalai dari mengingati Allah.

Yang melemahkannya : Istighfar.

Lambang korporat : Sebarang tatu.

Pejabat : Bilik air.

Sifatnya : Muzabzab. Mengikut angin, menurut keperluan.

Rakan kongsi : Orang-orang munafiq.

Sumber-sumber rezeki : Harta-harta haram.

Bilik operasi : Tempat-tempat najis dan maksiat.

Jenis perkhidmatan : Menyuruh yang mungkar dan menggalakkan kemungkaran.

Arahannya : Manusia melakukan kejahatan (perkara yang tidak baik).

Jawatan : General Manager Golongan Al-Maghdubi Alaihim dan Golongan Ad-Dhallin.

Tempoh perkhidmatan : Sampai hari kiamat.

Laba perniagaan : Habaan Manthuri (masuk angin keluar asap).

Rakan kongsi : Syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Teman sejawat : Orang yang berdiam diri, tidak menyatakan kebenaran.

Jenis tunggangan : Pembohongan.

Ganjaran : Dosa dan segala jenisnya.

Kaedah komunikasi : Mengumpat, mengadu domba dan mengintip.

Yang ditakuti : Mukmin yang bertaqwa.

Yang dibenci : Orang yang selalu mengingati Allah, baik lelaki mahupun wanita

Daya tahan : Sesungguhnya tipu daya syaitan sangatlah lemah.

Perangkapnya : Wanita.

Kegemarannya : Menggoda dan menyesatkan.

Cita-citanya : Semua manusia menjadi KAFIR.

Ajalnya : Pada waktu yang tertentu menjelang kiamat.

Kerja yang disukai : Homosex dan lesbian.

Kod isyarat : Aku (sebutan egoistik orang yang takbur).

Para

pengikutnya : Seniwati dan seniman.

Janjinya : Menjanjikan kefakiran.

Yang menyebabkannya menangis : Apabila orang sujud kepada Allah.



Kerja Kursus
September 2, 2005, 8:56 am
Filed under: Uncategorized

Humang aih…. kemain susah lagi nak buat kerja kursus nih.. kalau la tak masuk markah dalam pekse…. mmg x buat nyer.. sabor je la wahai aku…